Pengenalan kepada cakra

Cakra adalah perkataan dari bahasa Hindi, yang bermakna “roda tenaga” cakra memetakan pusat–pusat dan saluran aliran tenaga batin dan emosi. Aliran tenaga inilah yang mengawal kesihatan fizikal dan minda seseorang.

Di dalam badan manusia , terdapat 7 cakra yang terletak sepanjang tulang belakang ke atas kepala. Kesemua 7 cakra mempunyai sifat–sifat yang berlainan dan juga melambangkan fungsi–fungsi yang berlainan. Pengaliran tenaga melalui cakra harus bergerak lancar kerana ia mengawal kesihatan badan kita.

Ajaran cakra boleh difahami dari 2 perspektif
  1. Kelakuan / persona seseorang , iaitu pemikiran , perasaan , emosi , fahaman diri ( self awareness) , daya cipta dan lain lain.
  2. Kesihatan fizikal, dimana kita mengkaji kelemahan pada badan, dan mengira indeks kesihatan.